Saturday 15 November 2014

Celup Tangan Dalam Minyak Panas Tapi Tidak Melecur!


Betulkah? Apa kata 'sains' mengenainya


Demonstrasi sains ini seolah-olah seperti 'silap mata' tetapi sebenarnya tidak!
Jom lihat video ini


Apa yang diperlukan?
Kita perlukan sebuah bekas kaca yang tahan panas (seperti bikar), sumber api, minyak masak, dietil eter dan cermin mata keselamatan. Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan aktiviti ini dilakukan di tempat yang berdekatan dengan sinki ataupun sediakan sebaldi air di sebelah anda.  


Bagaimana cara melakukannya?
Masukkan secawan minyak masak ke dalam bekas kaca. Kemudian masukkan 3 sudu cecair dietil eter ke dalam bekas yang sama. Panaskan di bawah nyalaan api. Perhatikan bekas kaca. Apabila buih-buih udara kelihatan, ini bermaksud ia sudah mendidih. Alihkan sumber nyalaan api. Celupkan tangan ke dalam bekas sehingga paras minyak sahaja. Elakkan dari mencelup tangan hingga ke dasar bekas kaca!

Apa yang berlaku?
Tangan tidak melecur! Ini adalah kerana yang dilihat 'mendidih' itu sebenarnya ialah cecair dietil eter yang berada di bahagian dasar bekas kaca kerana takat didihnya rendah iaitu 24.6 darjah Celcius (maksudnya baru sahaja dipanaskan, ia terus mendidih). Manakala takat didih minyak masak adalah 350 darjah Celcius. 

Pada ketika cecair dietil eter sudah mendidih, minyak masak belum lagi mencapai takat didihnya. Jadi kerana itu apabila kita celupkan tangan, ia tidak melecur! Minyak masak berada di atas bekas kaca kerana ia adalah kurang tumpat berbanding cecair dietil eter. Cecair dietil eter pula adalah lebih tumpat berbanding minyak masak dan kerana itulah ia berada pada bahagian bawah bekas kaca!





Posted by Ayu
Petrosains


No comments:

Post a Comment